Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Video

Friday, August 14, 2009

Ihya' Ramadhan Di Serambi Mekah


Rasai kelainan suasana Ramadhan di QARYAH RAMADHAN di Stadium Sultan Muhamad Ke IV.

Khemah terawikh berhawa dingin beraroma haruman timur tengah dan berimamkan iman khas dari negara Mesir.

Nikmati makanan citarasa arab di Mubarak Cafe yang berkonsepkan dekorasi arab.

Bermula jam 12 malam setiap malam Relay Al Quran oleh para huffaz.

Sepetang Di Ambang Iftar setiap Ahad, Selasa dan Khamis mempersembahkan nasyid Bersama Advice, talkshow Bual@Bicara Remaja dan Interaktif Nisa. Menampilkan tetamu-tetamu undangan, persembahan khas, interaktif audien dan pelbagai slot menarik yang turut menawar hadiah.

Wacana Mukjizat Al Quran dan Forum Badar Qubra.

QARYAH RAMADHAN juga menyediakan hidangan iftor (berbuka puasa) setiap hari kepada pengunjung.
Dan pelbagai lagi acara mengamit anda ke QARYAH RAMADHAN

SELAMAT BERKUNJUNG KE QARYAH RAMADHAN

Sunday, August 2, 2009

Bunut Payong FC Juara Liga DUN Bunut Payong





Pasukan bolasepak Bunut Payong FC telah menjuarai perlawaanan akhir Liga Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payong melalui sepakan penentuan panalti mengalahkan Kg. Sireh FC dengan agreget 4-3 setelah permainan terikat seri tanpa sebarang rembatan gol.

Aksi permainan yang menghiburkan itu menyaksikan Bunut Payong FC lebih banyak menguasai padang dengan membuat beberapa kali cubaan untuk menembus ke pintu gawang Kg. Sireh FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhamad Ke 4 Kota Bharu pada 28 Jun lalu turut disaksikan oleh ADUN Bunut Payong, Dato’ Hj Takiyuddin bin Hj Hassan.

Beliau turut menyampaikan hadiah-hadiah kepada pasukan yang beraksi dalam perlawanan akhir tersebut. Juara pasukan Bunut Payong FC membawa pulang piala pusingan YB Dato’ Hj Takiyuddin bin Hj. Hassan, pingat dan hadiah wang tunai berjumlah RM 1000.
Manakala pasukan Kg Sireh FC yang mendapat naib juara menerima pingat berserta wang tunai bernilai RM700.Tempat ketiga bersama disandang oleh Kota Utara dan Raja Dewa dengan masing-masing menerima pingat dan wang tunai berjumlah RM 400.

Thursday, July 9, 2009

Pertandingan Seni Suara Burung

Hadiah sebuah motorsikal adalah antara hadiah utama dalam acara cabutan bertuah sempena Pertandingan Seni Suara Burung Murai Batu yang akan diadakan pada Sabtu, 11 Julai ini bertempat di Padang Majlis Daerah Dabong (Cawangan Laloh), Manek Urai Kelantan.

Selain daripada itu hampir 150 hamper disediakan bagi acara cabutan bertuah tersebut.

Hadiah motorsikal tersebut adalah sumbangan YB Dato Hj. Takiyuddin bin Hj. Hassan yang dijangka turut hadir memeriahkan program tersebut.

Pertandingan berkenaan adalah anjuran Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan (TIC) dengan kerjasama Persatuan Kesenian Ayam Serama (KERISMA) .

Manakala bagi setiap penyertaan pertandingan tersebut juga akan menerima hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur.

Pada hari tersebut juga turut diadakan program perkampungan anjuran Peti Undi Lahloh yang menyediakan pelbagai acara dan hadiah. Antara hadiah terbesar ialah sebuah mesin basuh

Orang ramai di sekitar kawasan tersebut dijemput hadir beramai-ramai bagi merebut pelunag mendapatkan hadiah dan memeriahkan program tersebut.

Wednesday, July 1, 2009

Bandar raya Islam diperluas ke seluruh Kelantan


Majlis Daerah Ketereh (MDK) akan mengikut jejak langkah Majlis Perbandaran Kota Bharu MPKB) dikenali sebagai perbandaran Islam menjelang 2010.

Ia bakal dikenali sebagai Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan negeri telah merangka program memperluaskan konsep bandar raya Islam ke seluruh negeri.

Menjawab soalan dari Dato' Omar Mohammad (PAS - Perupok) katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan, MDK telah berusaha menuju ke arah perbandaran Islam antaranya mewujudkan dataran ilmu di kawasan Pasar Ketereh.

"Kerajaan negeri juga berpuas hati perkembangan MPKB sebagai Bandar Raya Islam sejak dilancarkan pada 2005 apabila lima teras sudah dilaksanakan dengan berkesan," katanya.

(Disunting daripada Harakahdaily.net)

Tuesday, June 30, 2009

Hanya hukum Islam mampu cegah kemungkaran



Pelbagai undang-undang dan peraturan telah digubal bagi mencegah jenayah dan kemungkaran namun masih gagal mencapai matlamat dan hanya dengan penguatkuasaan hukum Islam mampu mencegah segala kemungkaran dan gejala sosial yang berlaku sekarang.

Demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata ketika menjawab soalan Haji Abdul Aziz Kadir (PAS - Jelawat) pada hari pertama dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan yang berlansung sehingga 1 Julai ini.

Katanya, di setiap 12 pihak berkuasa tempatan di Kelantan ada skuad Amru yang berperanan mencegah perkara mungkar.

Beliau juga memaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam mempunyai pusat pemulihan yang terletak di Jalan Mustafa, Sungai Keladi Kota Bharu, bagi memberi kesedaran agama kepada remaja yang ditahan di kawasan bandar

(Disunting daripada harakahdaily.net)

Monday, June 29, 2009

Majlis Angkat Sumpah YDP

Majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Yang Dipertua (YDP) 3 majlis daerah telah disempurnakan di hadapan YB Dato' Hj. Takiyuddin bin Hj. Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Kerajaan Negeri Kelantan di pejabat beliau di Kota Darul Naim pada 29 Jun lalu.

YDP-YDP tersebut ialah
YM Tg Azmi bin Tg Jaafar (YDP Majlis Daerah Ketereh), En. Che Ismail bin Hasbullah (YDP Majlis Daerah Machang dan En. Abdullah bin Mohd Yusof (YDP Majlis Majlis Daerah)


Sunday, June 21, 2009

Promosi Kelantan Gateway

Ucapan ringkas ketika mempromosi Kelantan Gateway di Restoran Hover

Bersama pelancong Jerman



Pusat Penerangan Pelancongan